About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, December 6, 2011

Coklat VS Bunga

Di antara bunga dengan coklat, mana satu agaknya pilihan hati korang yer??





"Bunga cantik tapi coklat sedap. Nak dua-dua lah, bley tak?? Hehe.." siapa tak nak kalau boleh dapat dua-dua. Tapi N prefer lebihkan coklat sebab kebiasaannya orang akan bagi sejambak bunga bersama dengan sekeping coklat tapi N nak yang sebaliknya. Sekuntum bunga dan juga sejambak coklat, bley tak agaknya macam tuh.


Rasanya lagi okay kot sebab sejambak bunga pun dah cecah RM50 ++ kan, so baik la beli coklat. Dapat bunga banyak pun, esok2 layu juga. Nak buang sayang, so nak tak nak keringkan aje, tapi bila dah kering kena rajin bersihkan pula sebab berhabuk. Wah wah banyak betul kerja bila dapat bunga yer.


Tapi pada N, kalau diberikan satu pilihan N pilih coklat (sambil gosok-gosok perut, baby mama dalam perut pun pilih coklat). Sebabnya coklat boleh makan dan rasanya sedap. Bunga pula cantik dan boleh jadi perhiasan tapi tak boleh kekal lama dan tak boleh makan.


Bazir jer beli melainkan kalau duk kat Cameron or tanah tinggi yang mana bunganya murah so takder lar rasa macam membazir sangat. Sekali sekala nak merasa pegang-pegang, cium bau, tayang sana and sini skit apa salahnya kan. Lagipun bunga pun selalu dikaitkan dengan wanita, tak gitu.. :)




No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D