About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, May 20, 2013

Berjimat dengan KFC

Siapa kata makan fast food boleh bazirkan duit? Haa Bagi N, kalau teringin nak makan fast food kenalah belanja berpada-pada dan jangan ikutkan sangat nafsu makan yang mentekedarah tu..

Okay, N ada beberapa tips berjimat dengan fast food KFC:

Tip 1:
Seelok-eloknya kalau nak beli fast food belilah masa promo meal, contohnya Lunch express meal. Harganya jauh lebih murah dari harga asal. Serius N tak tipu, kalau tak caya cuba pergi bandingkan harga.

Tip 2:
Beli jangan ikut nafsu. Eloklah kita amalkan berhenti makan sebelum kenyang.

Tip 3:
Kalau nak beli juga ikut nafsu, apa kata beli dahulu satu set. Kalau rasa tak kenyang juga walaupun dah minum habis air barulah beli satu set yang lain. N ni kuat juga makan dan kadang-kadang rasa tak cukup tapi bila dah habis minum air surenya N akan kenyang mengular.. Ngeh ngeh

Tip 4:
Belilah set yang paling murah. N selalu beli yang kedua murah iaitu Colonel Burger set. Nampak kecik tapi boleh kenyang tau. Takpun kalau nak set lain boleh jer tapi kene berpada-pada. Janganlah kerap sangat, sebab kita kena makan tengok duit yang ada dalam poket bukan ikut selera :P

Tip 6:
Okay, last sekali tip untuk selera dinosour. Sebelum makan minum air banyak2 dan selepas makan pun sama. Memang boleh kenyang sebab dah kembung air. Takpun sebelum beli KFC makan makanan sampingan yang lain contohnya maggi :D.. Silap hari bulan dah makan maggi terus jer rasa kenyang. Pastu tak payah beli KFC dah dan boleh jimat terus.. hehe

Okay, ni ada beberapa snap Colonel Burger set yang N beli. N jalankan Food photography sikit supaya ianya lagi nampak menyelerakan..


Colonel Burger Set RM 6.30 include tax and government charge.. Set include Colonel Burger + Soft drink + Cheesy Wedges.

See murah kan. Kalau beli nasi campur pun dalam RM5 ++ tak termasuk air bagai.


COLONEL BURGER


CHEESY WEDGES


No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D