About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, June 20, 2013

Baby Asy sakit

2 minggu yang lepas N dari tempat kerja bergegas balik ke rumah sebab mak cakap Baby Asy panas.

So, malam tu N dan husband bawa baby Asy pergi Hospital Klang.

Daripada luar memang nampak ramai sangat orang. Terkejut juga sebab sebelum ni kalau pergi tak pernah seramai macam ni.

Sampai jer terus bagi Mykid Asy. Masuk dulu dalam bilik untuk cek berat Asy 9 kg lebih.

Then tunggu untuk bayar di kaunter pendaftaran. RM1 jer sebab hospital kerajaan kan. Dah bayar lebih kurang dalam pukul 10.15 malam then hantar kad masuk ke bilik doktor (khas untuk orang yang demam).

Lama gila tunggu sebab ramai yang amat. Nombor N masa tu 62 tapi masa tunggu baru nombor 52. Dalam pemerhatian sorang yang masuk ambil masa selama 20 ke 30 minit..

N dapat masuk pukul 12.30, siap baby Asy sempat tidur kejap.

Bila masuk Doc amik darah sebab Doc suspek Denggi. Siap kene cucuk dua2 tangan sebab darah tak keluar.

Husband N pegang kuat dan Baby Asy memang meronta-ronta dan jerit2. Tapi bila tengok jarum tak masuk pun lagi.. Huhu.. tapi bila dah masuk lagi kuat dia jerit..

Kesian kat dia. Kalau orang besar sakit, baby cam dia musti la lagi sakit..

Doktor letak darah dalam mesin and bila keluar result doc cakap yang sel darah putih dia tinggi, maksudnya ada infection. So doc bagi pilihan samada nak duk dalam war or balik jer.

Lepas discuss dengan husband kiteorg decide untuk balik jer. Then pergi amik ubat kat kaunter. Dapat ubat demam, antibiotik, vitamin dan nousal drop.


Dah sampai rumah.. See tangan dia. kesian..


Sebelum tidur siap mandikan sebab dia yak yak and untuk sejukkan badan dia yang panas.. Lambat betul batuk dia nak reda sebab bila batuk banyak la buat dia panas dan demam..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D