About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, August 1, 2013

I love reading comments

Memang dah jadi tabiat setiap kali dengar lagu kat Youtube mesti nak schroll sampai bawah.

Sebelum dengar lagu lain baca dulu komen-komen tentang lagu tu.

Dan lagi bersemangat kalau lagu tu lagu favourite. Ada pernah satu masa N siap buka page komen yang sebelumnya lagi sebab nak tahu cerita.

Kalau video tu berkenaan dengan aksi-aksi comel banyak la komen yang berbentuk puji-pujian.

Kalau video tu berkenaan dengan keagamaan ada yang komen positif dan juga negatif. Masing-masing nak keluarkan pendapat sampaikan ruang komen tu dah jadi satu tempat untuk berdebat.

Video lagu pun tak kurang hebatnya. Lagi-lagi kalau lagu cinta. Ramailah orang komen macam-macam. Ada yang meluahkan perasaan

Dan N memang suka baca sebab kadang-kadang tu secara tak sengaja N akan terserempak dengan ayat-ayat yang best yang jarang kita dengar dan ianya memang masuk akal.

Contohnya macam kat bawah ni:

Bahagian komen pembaca

Komen ditulis oleh Muzzafar Selamat.. Ayatnya berbunyi:

...luka itu pedih, kecewa itu pahit tapi kenangan itu tetap mengusik hati...

Daripada ayat di atas memang tak dinafikan kebenarannya.

Sebenarnya ini baru sikit. Kalau rajin jenguk komen yang lain boleh dapat ayat yang lagi superb power dari ni :D

Bagi N tempat-tempat macam ni memang boleh digunakan untuk cari ilham di kala kekeringan idea dan untuk mengisi kebosanan.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D