About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, December 19, 2013

Baby check-up 21 months

Semalam N cuti sebab nak hantar Baby Asy pergi check-up. Dah masuk Zohor je kiteorg semua siap2.

Sampai sana jam 2.00 petang. Memang dah cakap awal2 dengan asben nak g awal. Kalau lewat jenuh nak melangut kat Klinik tu.

Ni budak yang mertua jaga, dia kata nak ikut so N pun angkut je sekali. Budak ni sangat behave bila kita bawa keluar, patut la mak tak kisah kalau nak angkut budak ni pergi jalan jauh2.


Tengah makan kuih. Kakak yang duduk depan N bagi dia. Bila duk menunggu tu rasa kesian pula kat dia. Terpaksa duduk takder entertainment apa2.

N bawa dia ni supaya Baby Asy ada kawan nak main2. Tapi bila dah sampai klinik budak ni sangat baik dan Baby Asy tak tentu arah.

Ke hulu ke hilir, tak reti nak penat langsung. Tapi yang penat cik asben. Ada juga N nak ganti jadi tukang kejar tapi cik asben ckp xpe, so N layan je derang dengan anak mata. hehe

N lega habis la. Seronok tengok orang laki layan anak ni.

Dapat la si anak bermanja-manja ngan si ayah.

Check up kali ni besh sikit sebab tak payah tunggu sampai 2 jam lebih.

Pukul 2 sampai, pukul 3 suku dah siap semua. Kali ni misi bagi ubat cacing, siap pesan lagi hancurkan dan masukkan dalam susu.

Ni Baby Asy dalam kereta, on the way nak balik mata tak boleh nak tahan dah.. huhu


Bangun pagi lepas tu tak tido dah dan sebelum nak keluar g klinik pun berjaga. Sampai kat klinik main lagi. Tu yang bila masuk je kereta tang tang tu la bateri dia dah kong.. ngeh ngeh


Layan tido tak ingat dunia dah.. Muka baby yang innocent :D


ZZZzzzzz... dengan bantal busuk kesayangan


Kasih sayang ibu sampai ke syurga.. :D

Terharu dan sebak tengok gambar ni. Bergenang dah air mata sob sob..

------------------------------------------

Bila dah setahun lebih Baby Asy cuma ditimbang dan jumpa dengan misi aje. Tak perlu nak ukur lilit badan.

Berat Baby Asy terkini adalah 11 kg. 3 bulan yang lepas 10.4 kg

First time cik asben bawa dia g timbang, terharu daku... hohhhoooo

N pandang kemesraan mereka dari jauh sambil tersengih dalam hati.

Cik asben cakap susah betul nak timbangkan baby Asy sebab dia tak mau duk diam.

N dengar dan iakan je sebab macam tu lah Baby Asy setiap kali N bawa dia g timbang. 

------------------------------------------

Ubat cacing

Sampai rumah cik asben hancurkan ubat dan masukkan dalam susu. Susu letak banyak dan air letak sikit sebab masa asben ambil ubat orang kaunter tu cakap susu tu baby kene habiskan.

So untuk elak daripada tak habis air letak kurang dari biasa. Dan memang dijamin akan habis :D

Masa dalam bilik misi cakap cacing dalam perut akan hancur dan keluar bersama dengan najis. So tak perlulah risau, takkan ada cacing yang tersembul keluar dari buntut baby Asy.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D