About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, March 17, 2014

Apa yang best nak buat bila waktu hujan macam sekarang ni??

Apa yang best nak buat bila hujan? 

Arr waktu-waktu hujan macam sekarang ni best kalau kita mandi hujan dan tadah air beramai-ramai. Bagi kawasan yang takder air boleh suruh semua anak-anak mandi hujan, jimat sikit air tangki..Hehehee... Di samping tu lepas solat jom kita berdoa ramai-ramai supaya hujan makin lebat. Bila makin lebat baldi pun penuh dan paling penting air di empangan pun bertambah-tambah dan kembali kepada sukatan asal.

Tapi N tak dapat nak mandi hujan or tadah air sebab ada kat office.. Jadi, ini hanyalah cadangan untuk hujung minggu ataupun sesiapa yang ponteng kerja mahupun suri rumah yang ada kat rumah :D

Apa yang best nak buat bila waktu hujan-hujan macam ni untuk orang yang sedang bekerja macam N? 

Of course la suasana akan jadi lebih sejuk dan mengantuk.. Take 5 minit (take 5x10=50 minit boleh tak??) kejap dan tidur :D..

Bancuh milo dan cicah biskut.. Tak pun bancuh milo pekat-pekat dan masukkan kepingan biskut yang telah dipatahkan ke dalam bancuhan dan kacau hingga menyelaputi biskut. Ini secret recipe masa N duduk asrama dulu. Serius sedap, tak tipu.. Nak buat jadikan dessert lepas makan pun boleh.

Layan suasana sejuk dan cuba hilangkan ngantuk dengan karok.. Buka je youtube, pasang earphone dan karok.. Abaikan orang kiri kanan sekiranya mereka pandang kerana suara yang merdu boleh hilangkan mengantuk orang yang mendengar.. Mesti bos suka kalau pekerja aktif dan tak tidur di tempat kerja :D

Masak maggi dan share dengan officemate.. Nak makan pisang goreng, kene keluar tapi tak leh sebab hujan. Masak sebungkus pun takper. Biar tak cukup asalkan jangan terlebih. Selalunya bila kongsi makanan yang sikit membuatkan makanan tu rasa sedap dan dalam masa yang sama boleh mengeratkan hubungan persahabatan.

Dan last sekali hujan-hujan yang sejuk best kalau berkumpul ramai-ramai dan sembang sebab kalau duduk sorang-sorang sure take 5 untuk evening nap akan jadi take 5 x 10....  :P

1 comment:

  1. huwaa..seronot kalo dpt guling2 tgh ujan2 kt luar..kt mpt keje tadi menguap tak hingat..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D