About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, April 14, 2014

Bila pertama kali takder air apa reaksi mereka..

Hahh.. isu air memang tengah dok hangat jadi perbualan sekarang ni. Pergi sana sini cerita pasal air, fikir pasal air. Mana taknya nak membuang pun satu hal, fikir pasal air.. huhu sedih. Masuk kerja pagi ni fikir pasal air juga. Nasib baik la zon air office dan zon air rumah berbeza. Kuranglah sikit beban.

Masa awal-awal takder air sampai la sekarang N suka survey officemate mana yang kene catu air kat rumah diaorang. Boleh kata ada yang kene dan ada juga yang bernasib baik. Rasa jeles yang menebal bila dapat tahu ada yang tak kena catu. Seronok la mereka-mereka yang terpilih ni.

Tapi dari minggu lepas ada sorang officemate dah ngadu yang kat tempat dia takder air, pagi ni pun sama. Katanya dah tiga hari takder air. Memang la N rasa sebelum ni tak adil kalau tak catu air kat semua kawasan yang guna empangan yang sama. Tapi naluri kemanusiaan N ni menebal. Walaupun tempat N dah hampir dua bulan kena catu dan tempat dia baru kene catu, kesian pula dengar dia cerita.

Walaupun hujan turun hampir setiap hari, kadang-kadang satu hari banyak kali tapi ianya masih tak dapat nak tampung keperluan orang ramai sebab hujan tak turun di kawasan tadahan atau empangan. Itulah satu-satunya alasan yang kita selalu dengar dalam berita kan.

Tapi isu air ni macam ada bau-bau politik.. Kesian kita sebagai rakyat, walau apa pun puncanya harap kerajaan bertindak dengan wajar dan cepat menangani isu air ni.

** Kalau N banyak duit N nak buat satu tangki besar kat atas rumah yang boleh tampung keperluan berbulan-bulan dan buat sistem tadahan air hujan kat rumah, kan lagi menjimatkan.. hehe berangan kejap..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D