About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, April 4, 2014

I will wear anything that suit me well.. Brand??

Brand?? No.. no.. N tak pentingkan brand. Kalau ada baju cap ayam sekalipun N akan pakai. N memang tak kisah dan tak memilih. Apa-apa brand pun jalan. Yang N selalu titik beratkan ialah bahan, keselesaan dan harga.

Brand N akan tolak tepi. Yang penting pertama sekali harga. Kalau ada barang branded harga murah baru N beli, kalau tak lupakan la. N tak rasa yang barang branded tu penting. Sebab dari segi kewangan baiklah N tak payah nak bazirkan duit beli barang mahal melainkan kalau N dah banyak sangat duit. Buat masa sekarang N lebih pikir pasal anak.

Memang serius N cakap, sejak ada anak keperluan diri tu agak terabai la. Sekarang N memang tak kisah pasal trend apa yang orang pakai zaman sekarang ni. Asal apa yang ada yang itulah N pakai.

Baru-baru ni N berkesempatan untuk memanjakan kaki dengan heel baru. N beli kat Giant je, kebetulan Giant tengah nak habiskan stok-stok lama. Jadi , banyak la barang-barang yang diturunkan harga. Selain dari kasut yang N beli, barang lain seperti alatan tulis dan baju kanak-kanak.



Taraa... Inilah heel yang N beli kat Giant. N tak tahulah ni brand apa sebab beli dalam Giant Hypermarket. Tapaknya memang selesa. Memang sebelum ni pun N pergi usha-usha tapi masa tu belum buat sales lagi. Harga pun masih normal. 

Tapi bila Giant buat sale, harga kasut ni RM40.00 jatuh ke RM20.00.. Kata 50% discount.. Kalau takder sale takder maknanya N nak beli :D.. Sebagai pengguna kita mestilah bijak berbelanja. Shopping bila ada sales je okay.. Ikut jejak langkah N, pasti you all tak akan menyesal.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D