About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, April 7, 2014

Kenalpasti anak you all untuk eratkan hubungan kekeluargaan

Sekarang ni ramai mama and papa kat luar sana yang busy like a bee.. Tapi once dah ada anak, hidup you all bukan tertumpu kat diri sendiri mahupun teman. Ambil sedikit masa untuk mengenalpasti anak.

Anak dijaga pengasuh ataupun tak selalu mesra dengan anak sebab anak lebih suka berkepit dengan isteri atau suami bukanlah alasan untuk tak ambil kisah pasal anak. 

Kalau pun anak dijaga oleh pengasuh tak salah kalau you all sendiri tanya kat pengasuh apa yang anak you all suka or tak suka. Jangan malu ataupun buat-buat tahu sebab tak salah kalau bertanya.

Baby Asyraf love fish

Anak N sendiri pun dijaga oleh mertua dan dapat jumpa dia dari jam 6.30 petang hingga la 6.40 pagi. Ada sesetengah perkara N yang akan terlepas sebab tak sepanjang masa dengan dia.

So, bila balik rumah N akan tanya mertua apa yang Baby Asy buat sepanjang hari, tidur jam berapa, apa yang dia makan dan dah berak ke belum. So daripada situlah N tahu jadual waktu Baby Asy.

Bangun je pagi dia akan susu dan sambung tidur. Kalau penat dia akan bangun tengah hari kalau tak, pagi jam 9-10 dia dah bangun balik. Mandi dan main dengan budak-budak yang mak jaga. Kadang-kadang ikut mood dia akan makan sebab ramai budak, takpun kadang-kadang tu main je lebih dengan mangkuk makan dia.

Penting untuk tahu anak dah berak ke belum sebab ianya normal bagi Baby Asy berak sekali sehari. Kalau tak berak N yang risau, risau dia sembelit nanti. Kesian..

Daripada pemerhatian N dan juga mertua yang jaga, kami dapati Baby Asy dah makin kurang makan. So kiteorang decide nak beli Shaklee susu untuk bagi tambah selera.

Baby Asyraf love fish

Dan akhir sekali minat anak. Anak u all minat apa?? Baby Asy ni minatnya macam-macam dan salah satunya ikan. Kalau ikut ayah dia g kolam pancing dialah paling excited tengokl ikan dalam sangkar kolam.

Well, you all... Macam mana? Apa yang N bagitau kat sini you all ada ambil tahu tak.. Kalau tak, mulai sekarang kenalah ambil tahu. Sebab tulah zaman sekarang ni, jangan nak jeles kalau anak lagi rapat dengan maid ataupun pengasuh yer.. :D

N pun sekarang ni sejak ada anak setiap hari N akan cuba fahami anak. Sebagai mamanya N tak mahu orang lain tahu lagi banyak pasal anak N dari N sendiri. So bila sifat ingin tahu tu lebih N akan sentiasa berada di sisinya dan tengok apa yang dia buat. Dari situlah kemesraan akan terjalin.

2 comments:

  1. biasa budak2 nie memang rapat dengan orang jaga mereka dik...
    cik akak tengok anak buah cik akak tu...
    memang rapat dengan ibu cik akak

    ReplyDelete
  2. aah.. salah satu faktor sebab duduk dengan panjaga lagi lama dari parent sendiri..huhu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D