About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, April 8, 2014

Tingkah laku ibu bapa mempengaruhi pembesaran anak

Pernah dengar tak selalu orang cakap kalau nak tahu perangai mak bapak tengok la perangai anak. Anak akan ikut semua benda yang dilakukan oleh mak bapak. Tapi N tak kata ianya 100 peratus betul. Kadang-kadang perangai anak pun boleh dipengaruhi oleh orang luar.

Sebab tu la bila nak anak kita mesti persiapkan diri sendiri dengan sebaik yang mungkin. Untuk anak yang baru lahir dia mungkin di dalam fasa yang tidak berupaya untuk melakukan apa-apa dan dalam proses mengenalpasti sesuatu perkara.

Tapi bila dah sampai satu fasa yang dia dah boleh buat sesuatu maknanya di situ kita sebagai orang besar mestilah berhati-hati dengan segala perlakuan dan percakapan.


Kenapa bayi yang berumur 2-3 bulan cuba terbalikkan diri, tiarap atau mengiring?? Sebabnya dia rimas kalau asyik duk baring je. Dia tengok semua orang berdiri, berjalan dan berlari. So, tiarap dan mengiring merupakan pelajaran pertama untuk dia sebelum boleh duduk sendiri.

Dan bila dah duduk dia akan cuba berdiri seperti orang lain. Bila dah dapat berdiri dia akan berjalan pula. Dan kemudian bercakap. Makin hari anak akan makin membesar dan dapat buat banyak perkara termasuklah semua perkara yang dilakukan oleh orang dewasa.


Dari pengamatan mata, anak yang masih kecil suka meniru semua perbuatan orang dewasa. Macam Baby Asy masa dia baru nak belajar berdiri dulu, dia takkan pegang sesiapa yang nak tolong dia berdiri. Dia nak buat sendiri. Sama juga dengan masa makan. Dia tak suka suap-suap. Bila dia tengok orang lain makan sendiri, dia pun nak ada mangkuk dan makanan sendiri. Konon-konon macam dah besar la tu.

Bila nak angkat baju kat ampai pun dialah yang paling sibuk sekali nak buat walaupun tak sampai. Boleh kata banyak perkara yang dilakukan orang dewasa cuba dia buat. Sebab tu la sebagai orang dewasa kita mesti jadi contoh yang baik kepada anak-anak kecil. Perkara yang tak patut buat jangan buat termasuklah dalam percakapan harian.

Kalau boleh terapkan perbuatan yang positif ke atas diri anak. Yang merisaukan N sekarang ni bila anak pergi ke sekolah. Walaupun Baby asy baru masuk dua tahun. Maksudnya lagi 4 tahun nak masuk tadika or pra sekolah, N sangat risau dengan pangaruh dari luar. Kanak-kanak lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran negatif di luar sana..  

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D