About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, August 21, 2014

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces.. Cheap haa

Tu dia.. Kalau IKEA buat promotion harga derang slash hampir 50% off..

IKEA sales promotion

Untuk last IKEA pamplet promotion ni N berkenan sungguh dengan IKEA Tokig salad spinner. Bagus untuk tapis sayur dan fungsi putarannya dapat membuang lagi banyak kandungan air pada sayur mahupun salad. Menyenangkan kerja di dapur.. I like :D

Tapi barang-barang kat atas ni tak sempat pula N tengok last week masa pergi sana sebab kami terus tertumpu ke tempat barang yang nak kami beli.. Ehemmm takdelah kami sebenarnya, sebab N teman je kan.. hehe

Pada hari kejadian :P, kawan N ada beli small transparent glass, IKEA Reko Clear Glass. Katanya beli untuk rumah dia sebab banyak gelas dah pecah. Sesuai sangat untuk hari raya, ramai student mak dia datang rumah beraya katanya lagi..

Harga tak payah cakaplah, murah bangat.. Dengan hanya RM3.50 boleh dapat 6 gelas. Maknanya satu gelas harganya 58 sen >> bundarkan 60 sen untuk satu gelas.

IKEA Reko Clear Glass

IKEA Reko Clear Glass RM3.50 for 6 pieces..

Ayahnya kirim gelas ni bagi RM50.00 dan member ni rembat sampai 10 kotak you all.. Haaa banyak total 60 pieces. Nak buat kenduri untuk 50 kepala pun dah lepas..

Gelasnya kecik, sesuai la untuk tetamu basahkan tekak. Kalau nak minum lagi banyak kena tuang banyak kalilah. Sangat senang nak bawa dan basuh sebab saiznya yang comel. Dan nampak lagi kelas bila ianya dalam bentuk lutsinar :D N suka sangat barang-barang yang lutsinar. Senang sebab dari jauh lagi dah nampak ada isi ataupun tak.

Dan yang best pasal gelas ni, ianya boleh ditindan. Nak bawa ke sinki senang dan nak simpan dalam almari pun senang. Jimat ruang you all :D

IKEA Reko Clear Glass

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D