About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, August 22, 2014

Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Terasa sedih menyelubungi seluruh Rakyat Malaysia. Turutan gambar yang diambil siaran langsung dari TV3 , Istiadat Penerimaan Jenazah Tragedi MH 17, 22 Ogos 2014.

Ketibaan kenderaan jenazah tragedi MH 17 yang diketuai oleh kenderaan bemotor Angkatan Tentera Malaysia @ Polis Diraja Malaysia, tak pasti mana satu. Penumpang dan anak kapal beragama islam dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah yang tertera ayat suci di depan kenderaan.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Barisan kenderaan jenazah yang baru sampai
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Kenderaan jenazah di depan pesawat Boeing yang membawa jenazah tragedi MH17 dari Belanda.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Barisan 20 kenderaan jenazah tragedi MH 17 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Keranda jenazah dalam pesawat Boeing
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Angkatan Tentera Malaysia berpakaian serba putih dan bersampin yang menggalas tugas mengalihkan keranda jenazah MH 17 dari dalam pesawat ke atas kren.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Keranda dan Jenazah diturunkan menggunakan kren  
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Disambut dengan angkatan tentera malaysia untuk diserahkan kepada ahli anggota yang telah bersedia untuk membawa ke kenderaan jenazah.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Jenazah di bawa ke kenderaan jenazah yang telah disediakn khas
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Jenazah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Pesawat Boeing yang membawa Jenazah tragedi MH 17
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Diperhatikan oleh Yang Amat Mulia 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Keranda setiap jenazah sangat cantik dibalut dengan Bendera Malaysia dan Istiadat ini sebenarnya merupakan salah satu istiadat yang hanya dilakukan dalam ketenteraan.

Ini adalah pertama kali Angkatan tentera malaysia memberi pernghormatan tertinggi kepada orang awam. Ianya kerana Istiadat sebegini hanya dilakukan khas kepada jenazah angkatan tentera, pahlawan, perwira dan orang kenamaan sahaja.

Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Istiadat ketenteraan terkenal dengan ketertibaan dan langkah yang cukup teratur ini membawa jenazah bersama kumpulan pengusung jenazah dengan perlahan jalan. 

Pakaian yang digunakan ialah pakaian nombor satu angkatan tentera dan setiap jenazah diangkat oleh 8 Anggota Tentera Malaysia yang diketuai oleh seorang ketua pandu arah yang berselempang merah.

Tiga bekas yang mengandungi abu jenazah bukan Islam.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Keranda jenazah diikat rapi oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Semua orang bertafakur selama seminit sebaik pintu kenderaan jenazah terakhir ditutup.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Yang Amat Mulia berdiri dan membaza Al- Fatihah kepada jenazah  
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Seluruh Malaysia mendiamkan diri dan bertafakur 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Kenderaan di jalan raya turut memberhentikan kenderaan masing-masing bagi menghormati MH 17
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Hadirin yang datang ke majlis penerimaan jenazah tragedi MH 17. 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Setelah ke semua 20 jenazah telah dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, ke semua kenderaan tersebut berangkat ke MATC
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Yang Amat Mulia memberi penghormatan terkahir kepada kenderaan jenazah yang melalui khemahnya. 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Kesesakan rakyat Malaysia yang turut serta dalam istiadat penerimaan jenazah tragedi MH 17 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Jenazah diusung keluar dan dimasukkan ke dalam pesawat dan Helikopter yang disediakan untuk dibawa ke Negeri masing-masing mengikut permintaan keluarga jenazah. 
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Pada asalnya Angkatan Tentera Malaysia telah menyediakan pesawat NURI untuk membawa jenazah tetapi telah ditukar menggunakan pesawat yang lagi canggih iaitu Helikopter Super Cougar AC725 (sila betulkan kalau N silap) bagi menghormati ke semua jenazah
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Dan juga pesawat Charley Hercules.
Siaran Langsung Penerimaan Jenazah MH 17, 22/8/14

Walaupun mangsa yang terlibat adalah 43 rakyat Malaysia tetapi hari ini hanya 20 jenazah yang dibawa pulang yang merangkumi 9 anak kapal dan 11 penumpang pesawat. Marilah berdoa agar yang lain akan ditemui kelak. Pengorbanan mereka tidak dipersiakan kerana Istiadat yang telah dirancangkan seawal 25 Julai 2014 berjalan dengan lancar dan Istiadat ini merupakan salah satu penghormatan yang terbesar kepada mereka yang terkorban. Di samping tu, Hari Jumaat yang mulia ini, akan ada beberapa buah masjid yang akan bersembahyang ghaib khas untuk mangsa tragedi MH 17. 

Marilah kita berdoa sama-sama dan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Dan janganlah sesekali kita lupa perjuangan rakan Palestin kita di sana. Mari kita doa sama-sama untuk kesejahteraan mereka yang masih hidup di Bumi Allah ni

2 comments:

  1. semoga mereka semua dicucuri rahmat ...

    ReplyDelete
  2. sebak je tengok..macam mana la ahli keluarga ye.
    Al-Fatihah

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D