About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, September 12, 2014

Burger Ramly Aeon Seksyen 23, Shah Alam

Dua minggu lepas, selesai saja shopping barang dapur kat dalam Aeon we all lepak makan kat foodcourt. Tak tahu nak makan apa, akhirnya kami cuba Burger Ramly. Ni lah kiosk Burger Ramly, Hijau.. Dari jauh boleh nampak :D

Burger Ramly Aeon Seksyen 23, Shah Alam

Tak lupa, leka satu gambar Baby Asy depan kiosk Burger Ramly. Gambar kabur tapi nak tayang juga. Jadi N guna Photoscape untuk mensenikan gambar ni.. Tak silap N yang ni pencil coloring kot. Kalau nak N buat tutorial bolehlah request ye :D

Burger Ramly Aeon Seksyen 23, Shah Alam

Then, yang dinantikan tiba.. Tiga set burger ramly dengan jumlah keseluruhan RM22 tanpa tax tak silap N. 

N ambil set burger daging special - burger daging dan juga telur dadar sebiji RM6.00++

Mertua ambil set burger daging (tak ingat apa namanya) - ada burger daging dan juga cheese RM6.00++

Suami pula amik burger kambing.. RM9.00++

Dan semua hidangan set disertakan sekali dengan fries dan juga setin air pepsi..

Burger Ramly Aeon Seksyen 23, Shah Alam

Urmmm.. lepas makan memang kenyang, syukur dengan rezeki yang Allah bagi ni. Komen N pasal burger ramly ni ialah seperti makan kat rumah. Beli burger ramly frozen dan letak atas pan sampai masak. Kepit dengan roti dan makan.. Sebenarnya bila makan burger ramly ni terus teranglah N cakap, N rasa macam tak puas. Mungkin sedari dulu dah terbiasa dengan kesedapan Burger yang beli kat popular fastfood lain macam KFC, McD, Burger King dan juga Carl Junior.

Tapi memandangkan tak banyak fastfood tempatan, N memang respectlah dengan pengusaha burger ramly ni.. Burger Ramly memang dah sangat popular dari dulu. Cumanya sekarang je baru nak ada kiosk.. Apa-apa pun, harap-harap lepas ni akan muncul produk-produk terbaru keluaran tempatan yang sehebat fastfood popular di luar sana.

Baby asy in the car

Sebelum balik, tak lupa treat for Baby Asy.. Dia nak naik keta yang boleh drive sendiri tu tapi mahal la pula.. Tak berbaloi rasanya nak bagi dia main yang tu. Jadi N pujuk dia naik yang ini.. Baru 50sen.. :D

3 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D